Sasar tawan puncak Everest kali keempat - Utusan Malaysia

Sasar tawan puncak Everest kali keempat

T. Ravichandran (tengah) berjaya menawan puncak Everest menerusi Misi UPM Di Puncak Dunia @Everest ketika tiba di KLIA, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pendaki solo profesional, T. Ravichandran menyasarkan menakluk puncak Gunung Everest untuk kali keempat pada tahun depan dengan kali ini tanpa penggunaan bantuan oksigen. 

Sehubungan itu, beliau berkata, persiapan rapi perlu dibuat terlebih dahulu termasuk dari segi mendapatkan rujukan dan nasihat daripada pengamal perubatan dalam menjayakan misi tersebut. 

“Tahun depan, kita akan cuba menjalankan persiapan termasuk merujuk doktor perubatan. Sekiranya persiapan rapi dapat dilakukan, tahun depan boleh berjaya mencapai ke puncak Gunung Everest tanpa bantuan oksigen dan cuma bergantung kepada air minuman beroksigen MyPW.

“Dengan persiapan rapi dan bantuan penaja, mungkin akan kemas kini sedikit botol air MyPW sebab apabila berada di paras 7,000 meter lebih, air akan beku terutama pagi, jadi, kita mahu pastikan air tidak beku,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. 

Beliau tiba di KLIA dari Kathmandu, Nepal disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Arifin Abdu dan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Arbaie Sujud serta ahli keluarga, rakan dan alumni UPM. 

Ravichandran, 57, yang juga alumni UPM mengibarkan bendera universiti itu di puncak tertinggi dunia menerusi Misi UPM Di Puncak Dunia @Everest dengan slogan #daripadaalumnikepadaupm.

Ditanya mengenai misi pada tahun depan, beliau berkata, sasaran tersebut adalah bermula dari 25 Mac hingga minggu pertama bulan Jun, justeru, sesi latihan akan bermula pada September ini.  

“Musim luruh adalah sesuai untuk orang mendaki gunung pada paras 6,000 hingga 7,000 meter seterusnya berehat dan membuat latihan fizikal serta mental di Malaysia. Bulan Mac 2023 pula berangkat ke Himalaya untuk latihan seterusnya.

“Jadi, akan buat ujian di dua dan tiga tempat misalnya di Amerika Selatan bagi ketinggian 6,900 hingga 7,000 lebih meter untuk tengok pengubahsuaian (botol air) bagi persiapan,” katanya. 

Bercerita misi menakluk Gunung Everest untuk kali ketiga, beliau berkata, perasan kali ini sedikit berbeza memandangkan perlu membawa dua pendaki berusia 64 dan 40 tahun sekali gus rekod negara meletakkan pendaki tertua di puncak tersebut. 

  “Orang kedua paling tua dalam sesi tahun ini berbanding semua pendaki dunia yang turut serta dalam pendakian. Perasaan sampai ke puncak lain kerana kita letakkan impian orang lain ke puncak. Rasa seronok  apabila melihat muka orang lain sampai ke puncak.

 “Pada misi tersebut, kita tengok keadaan angin dan saya buat keputusan untuk sasar ke puncak pada 9 Mei, jadi, tali dipasang pada 8 Mei serta sampai di atas pada 12 Mei seterusnya berpatah balik pada 14 Mei,” ujarnya. 

Sebelum ini, Ravichandran menawan puncak tertinggi dunia untuk kali pertana dan kedua pada 2006 dan 2007 manakala kali ini beliau mendapat tajaan pihak penaja rasmi MyPW iaitu syarikat berteraskan sukan gusti profesional dan kini merupakan pengeluar air minuman beroksigen. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya