Antonelli akui dirinya semakin matang

Antonelli akui dirinya semakin matang

KIMI Antonelli. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelumba Mercedes, Kimi Antonelli melaungkan keyakinan tinggi menjelang Grand Prix (GP) Miami hujung minggu ini selepas mengakui dirinya kini lebih matang dan bersedia berbanding musim lalu.

Pendahulu kejuaraan dunia Formula Satu (F1) itu berkata, pengalamannya sebagai rookie pada musim lalu telah membentuk dirinya menjadi pemandu yang lebih kuat dan mampu mengawal situasi dengan lebih baik di atas litar.

“Saya rasa lebih mengawal keadaan. Jelas sekali, setelah berlumba di semua litar tahun lepas, ia sememangnya membantu tahun ini setakat ini. 

“Selain itu, pengalaman melalui hujung minggu perlumbaan juga membantu kerana saya lebih tahu apa yang perlu dijangka.

“Saya lebih tahu bagaimana untuk mengurus pergerakan, bagaimana untuk mengurus diri sepanjang hujung minggu. 

“Pengalaman tahun lepas memainkan peranan besar untuk tahun ini setakat ini. Saya rasa lebih tenang, lebih yakin. Sudah tentu, ini mungkin juga membantu di litar-litar di mana saya banyak bergelut tahun lalu,” katanya.

Katanya lagi, permulaan musim ini melangkaui jangkaan turut mengubah tekanan yang dihadapinya namun Antonelli tetap berpegang kepada pendekatan sama dengan memberi fokus terhadap setiap perlumbaan.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan keputusan jangka panjang. Apa yang penting adalah fokus kepada proses dan memaksimumkan setiap peluang apabila berada di dalam kereta,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN