Ducati temui perkembangan positif di Jerez

Ducati temui perkembangan positif di Jerez

MARC MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ: Juara dunia, Marc Marquez berkeyakinan tinggi terhadap jentera Ducati selepas pasukannya menemui beberapa perkembangan positif dalam ujian rasmi MotoGP di Litar Jerez, kelmarin.

Marquez muncul pelumba Ducati terpantas malah turut mencuri tumpuan apabila sempat mendahului catatan masa sesi petang dengan 1 minit 36.277 saat, sebelum ditamatkan oleh jentera Aprilia yang menguasai tiga kedudukan teratas.

Pelumba Sepanyol itu berkata, perubahan pada aspek aerodinamik dan casis berjaya mengembalikan keyakinannya khususnya di bahagian hadapan jentera.

“Saya mula rasa lebih yakin dengan bahagian depan, terutama di selekoh kiri yang sebelum ini agak mencabar buat saya dalam beberapa perlumbaan awal musim ini.

“Malah di selekoh kanan juga kami ada sedikit peningkatan. Paling penting, kami tidak kehilangan kekuatan sedia ada dan dalam masa sama berjaya memperbaiki kelemahan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Ducati, Davide Tardozzi mengesahkan bahawa fokus utama ujian adalah pada pembangunan aerodinamik yang dilihat mampu memberikan kelebihan tambahan kepada jentera GP26.

Katanya, hasil ujian menunjukkan Marquez semakin serasi dengan konfigurasi baharu, namun situasi berbeza dihadapi rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia yang masih mencari keserasian terbaik.

“Marc kelihatan gembira dengan pakej baharu ini tetapi Bagnaia masih mempunyai beberapa perkara yang perlu difahami.

“Setiap pelumba mempunyai keperluan berbeza, Marc lebih menumpukan kelajuan di selekoh laju, manakala Bagnaia mahu memperbaiki aspek membrek dan kemasuki selekoh,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN