Pelajar sekolah asrama penuh di Nilai dipukul senior

Pelajar sekolah asrama penuh di Nilai dakwa dipukul senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada tiga orang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Nilai di sini yang mendakwa telah dipukul pelajar tingkatan empat sekolah yang sama sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, ketiga-tiga mangsa telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Siasatan awal telah mengenal pasti dua pelajar senior yg dipercayai boleh membantu siasatan dalam kejadian yang dilaporkan ini. Siasatan lanjut khususnya dalam mengenal pasti punca kejadian dan sama ada masih ada lagi pelajar-pelajar lain yang terlibat.

“Siasatan dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan seorang bapa kepada pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Labu, di sini yang meminta pihak polis untuk menyiasat terhadap kejadian buli yang didakwanya berlaku kepada anaknya dan beberapa orang pelajar tingkatan dua yang lain di sekolah itu.

Bapa pelajar tersebut yang hanya yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi mendakwa, kejadian buli sehingga mendatangkan kecederaan tersebut berlaku pada 13 Mei yang lalu dan dilakukan oleh beberapa orang pelajar tingkatan empat sekolah terbabit.

Sementara itu Mohd. Fazley menambah, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak memanupulasi kejadian berkenaan sehingga boleh menyebabkan kegusaran awam sehingga  siasatan dilengkapkan pihak polis. 

“Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya