Melaka: Harga barang runcit 'naik pelan-pelan' sejak April - Utusan Malaysia

Melaka: Harga barang runcit ‘naik pelan-pelan’ sejak April

borong
-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Para peniaga mendakwa harga barang runcit mengalami kenaikan sejak April, selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum baharu berkuatkuasa 1 Mei.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang peniaga, Fatin Amirah Kamarudin, 31, berkata, kenaikan itu melibatkan produk keperluan harian antaranya susu pekat, sardin dalam tin, air kordial dan sabun.

Fatin Amirah Kamarudin

Menurutnya, harga sekarton susu pekat naik sehingga RM10 dan kenaikan itu berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan.

“Sejak kerajaan mengumumkan keputusan untuk menetapkan gaji minimum pada RM1,500, harga barang runcit turut meningkat. Pemborong memberikan alasan pihak pembekal yang naikkan harga.

“Selain itu, perubahan harga lebih awal mungkin bertujuan untuk mengelakkan kemarahan orang ramai selain tidak mahu dilihat mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan gaji minimum baharu. Pada masa sama kenaikan itu seolah-olah didorong oleh permintaan ketika musim perayaan.

“Setakat awal bulan ini masih belum ada kenaikan, tetapi pemborong telah maklumkan harga beberapa barang seperti makanan ringan dan air kotak akan naik,” katanya ketika ditemui di kedainya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Topan Murbayana, 47, turut mengakui, barang runcit mengalami kenaikan harga pada bulan lalu.

Topan Murbayana

Katanya, hanya barang mentah seperti bawang dan sayur-sayuran menunjukkan penurunan harga selepas Aidilfitri, sementara produk runcit masih kekal dengan harga berkenaan. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya