Lawan Vietnam habis-habisan

Lawan Vietnam habis-habisan

PEMAIN Malaysia diasak lawan dari Kemboja dalam saingan bola sepak Sukan SEA Vietnam 2021, kelmarin. Kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Skuad Bawah 23 tahun (B-23) akan melakukan persiapan paling mantap untuk berdepan tuan rumah Vietnam yang juga merupakan juara bertahan dalam perlawanan separuh akhir Sukan SEA 2021 malam esok.

Bagi pengendali skuad negara, Brad Maloney, dia beranggapan semua pasukan yang layak ke separuh akhir adalah pasukan terbaik dan sekiranya mahukan pingat emas, skuad negara perlu melepasi setiap halangan yang ada.

Ia sekali gus membuktikan jurulatih kelahiran Australia itu tidak mengambil ‘pusing’ pasukan mana, sama ada laluan mudah atau sebaliknya menanti skuad negara dan apa yang mereka fikirkan hanya mahu menewaskan lawan sahaja.

“Semua pasukan yang layak ke separuh akhir adalah pasukan yang baik. Jika kita mahu menjadi juara, kita perlu tewaskan pasukan yang terbaik apabila kita berada di peringkat seterusnya.

“Siapapun yang menjadi lawan kita (di separuh akhir), kita harus bekerja keras seperti aksi di peringkat kumpulan dan berusaha sebaik mungkin menentang pasukan lawan,” kata Maloney yang berjaya membawa pasukan memperbaiki percapaian edisi lalu yang tersingkir seawal peringkat kumpulan.

Skuad negara menempah pertemuan dengan Vietnam pada aksi separuh akhir selepas Thailand melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Laos pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Thien Truong, Nam Dinh kelmarin sekali gus muncul sebagai juara kumpulan.

Malaysia sepatutnya mampu mara sebagai juara kumpulan namun memilih jalan sukar apabila seri 2-2 dengan Kemboja, malah percaturan Maloney menurunkan pasukan kedua seolah-olah tidak kisah untuk berdepan siapa lawan di peringkat empat terakhir.

Untuk rekod, Vietnam yang dibimbing Park Hang Seo mengungguli Kumpulan A hasil tiga kemenangan dan satu keputusan seri untuk mengutip 10 mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN