Jawatan kuasa khas teliti isu gangguan seksual, buli di institusi KPM - Utusan Malaysia

Jawatan kuasa khas teliti isu gangguan seksual, buli di institusi KPM

RADZI Jidin menyerahkan watikah pelantikan kepada Habibah Abdul Rahim di KPM, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM). 

Majlis penyerahan watikah lantikan kepada Habibah dan ahli jawatan kuasa lain diserahkan sendiri Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin semalam. 

Radzi menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, jawatan kuasa khas ini dianggotai oleh lapan individu yang berpengalaman luas dan mempunyai latar belakang profesion berbeza. 

“Antaranya bekas pegawai kanan kerajaan, pensyarah, kaunselor, pegawai undang-undang serta wakil badan bukan kerajaan (NGO). 

“KPM ingin merakamkan terima kasih atas kesediaan anda untuk bersama-sama membantu kementerian ini,” katanya. 

Katanya, ahli lain dilantik termasuk Datuk Sutinah Sultan, Datuk Sulaiman Wak, Prof. Datin Mariani Md Nor, Lt. Kol Bersekutu (PA) Aminuddin Awang, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Prof Madya (Kehormat) Datuk Dr. Sundramoorthy dan Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Radzi berkata, penubuhan jawatan kuasa khas ini antara pendekatan KPM untuk mendapatkan solusi terbaik dalam menangani kes berkenaan gangguan seksual dan buli di institusi pendidikan bawah KPM. 

Menurutnya, beliau yakin serta percaya, dengan pengalaman dan kepakaran ahli-ahlinya, jawatan kuasa khas ini akan dapat membantu KPM meneliti isu berkenaan secara mendalam. 

“Jawatan kuasa ini seterusnya akan mengesyorkan pelan tindakan bersesuaian yang boleh diambil bagi menangani kes gangguan seksual dan buli di institusi pendidikan bawah KPM,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.