Isu daging import: TFI pernah digantung pada 2017 - Utusan Malaysia

Isu daging import: TFI pernah digantung pada 2017

KERATAN akhbar Utusan Malaysia yang mendedahkan status halal sebuah rumah penyembelihan haiwan di Australia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Salah sebuah rumah penyembelihan haiwan milik Thomas Foods International (TFI) pernah digantung oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada Ogos 2017 berhubung isu daging import halal.

Penggantungan itu dibuat terhadap tiga rumah penyembelihan di Australia, selepas proses audit selesai dijalankan pada Mei 2017.

Ketika itu, TFI mempunyai sijil halal, namun, sewaktu menjalani audit, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati ia tidak mematuhi protokol halal Malaysia sekali gus dikenakan hukuman penggantungan.

Walaupun JPV tidak menamakan pemilik rumah penyembelihan yang digantung, media Australia mendedahkan nama TFI, sebelum penggantungan itu diakui oleh ketua pegawai operasinya ketika itu, David McKay.

Sejak itu juga, JPV mengenakan penggantungan terhadap enam rumah penyembelihan di negara berkenaan, sebelum dua buah rumah dibenarkan untuk mengeksport semula ke Malaysia, lapan bulan selepas hukuman itu dikenakan.

Rumah penyembelihan milik TFI juga pernah dikenakan penggantungan pada Julai 2017, bagi eksport daging ke China berhubung isu pelabelan.

Kini, penggantungan terhadap TFI berlaku sekali lagi apabila Jakim dan JPV dengan Jabatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar (DAWE) Australia pada 13 Mei 2022 bersetuju membuat untuk menggantung kelulusan yang telah diberikan berkuatkuasa serta-merta.

Bukan itu sahaja, Majlis Tertinggi Islam dalam daging halal di Australia (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan tersebut diminta surat tunjuk sebab.

Bagaimanapun, ketika bercakap kepada Utusan Malaysia, penyelidik bebas Australia, Murray Hunter menyifatkan tindakan penggantungan yang dikenakan terhadap TFI sahaja tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi industri halal negara ketika ini.

“Penggantungan sahaja tidak mencukupi, malah saya sendiri terkejut apabila mendapati Majlis Tertinggi Islam dalam daging halal di Australia (SICHMA) hanya diarahkan untuk mengemukakan surat tunjuk sebab.

“Sehingga pihak berkuasa mempunyai kesanggupan (willingness) untuk menghapuskan penyelewengan yang berleluasa, industri ini akan terus tercemar,” katanya.

Tahun lalu, syarikat penyelidikan Meat & Livestock Australia melaporkan bahawa Malaysia merupakan pasaran eksport kedua terbesar untuk Australia di Asia Tenggara selepas Singapura dalam mengimport daging lembu dan daging kambing. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN