Gagal seludup 32 PATI dalam lori - Utusan Malaysia

Gagal seludup 32 PATI dalam lori

PATI menaiki sebuah lori ditahan polis di Batu 13 1/2, Kapar di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Cubaan nekad seorang pemandu lori menyeludup 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal apabila kenderaan itu ditahan polis di Batu 13 1/2 Kapar di sini, awal pagi tadi.

Lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu dicekup bersama kesemua warga Indonesia yang berada dalam lori berkenaan, kira-kira pukul 6 pagi.

Penahanan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari balai polis yang  menjalankan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata,  siasatan mendapati suspek mahu menghantar semua PATI berusia 20 hingga 60 tahun itu ke beberapa lokasi di sekitar daerah ini.

Katanya, ketika ditahan, mereka yang turut terdiri daripada 13 wanita itu berada di belakang lori dengan ditutupi kain kanvas.

“Pemeriksaan mendapati semua warga asing termasuk sepasang suami isteri itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

“Mereka memasuki Malaysia menerusi laluan yang tidak diwartakan iaitu laut dengan menaiki bot pancung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Vijaya Rao, siasatan mendapati perbuatan itu kali kedua dilakukan pemandu lori berkenaan dalam kerja penyeludupan.

“Suspek dipercayai diupah sebanyak RM1,000 untuk melakukan penghantaran semua PATI tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua migran itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Manakala lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdangan Orang dan Penyeludupan Migran ( ATIPSOM ) 2007,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya