Tiada keperluan pelitup muka cap SIRIM

Tiada keperluan pelitup muka cap SIRIM

Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat perakuan dan penandaan MS SIRIM selepas ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan tidak wajar menguatkuasakan pelitup muka bukan perubatan dengan perakuan dan penandaan MS SIRIM yang ditangguhkan pelaksanaannya sehingga Januari 2023.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar perubatan kesihatan awam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Victor Hoe Chee Wai Abdullah menjelaskan, ini kerana perakuan terhadap pelitup muka bukan perubatan sedia ada sudah mencukupi tanpa perlu sebarang perakuan baharu daripada mana-mana pihak.

Malah, katanya, pelitup muka bukan perubatan tidak mempunyai fungsi yang sama dengan pelitup muka perubatan sehingga memerlukan sijil SIRIM.

“Pelitup muka bukan perubatan sebenarnya tidak perlukan cap SIRIM kerana ia berlainan de­ngan pelitup muka perubatan yang memerlukan pensijilan yang berfungsi memberikan perlindu­ngan sewajarnya daripada jangkitan Covid-19.

“Ada pelbagai jenis pelitup muka bukan perubatan di pasaran, takkan pelitup muka yang biasanya digunakan penunggang motosikal juga perlukan sijil SIRIM? Penguatkuasaan ini akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan,” katanya.

Beliau mengulas keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menangguhkan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas umum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN