Rakyat Malaysia ditawar kerja di ladang oleh sindiket dadah - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia ditawar kerja di ladang oleh sindiket dadah

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kematian seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia di Australia adalah benar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semakan lanjut mendapati mangsa dipercayai berusia 25 tahun dan berasal dari Sarawak.

Kata beliau, mangsa dipercayai telah memasuki Australia pada November 2016 dengan menggunakan visa pelancong.

“Lelaki berkenaan kemudiannya telah ditawarkan sebagai pekerja ladang oleh satu sindiket warga asing yang disyaki terlibat dengan dadah.

“Siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa Australia dan sebarang perkembanhan akan dimaklumkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Ayob Khan menyeru kepada semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelakkan timbul sebarang kekeliruan kepada masyarakat.

Terdahulu, pihak berkuasa Australia telah menemukam satu rangka manusia di New South Wales yang dipercayai dibunuh lebih daripada satu tahun lalu pada 3 April lalu. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN