PETALING JAYA: Kerajaan perlu menyediakan perincian isu gaji minimum yang menjelaskan hak pekerja dan majikan apabila ia dilaksanakan 1 Mei ini. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, ia perlu melibatkan kaedah pembayaran yang boleh difahami kedua-dua pihak. Katanya, gaji tersebut boleh dibayar mengikut minggu, hari dan jam kerana ia akan memudahkan dari segi pengiraan gaji bagi pekerja tetap, separa tetap serta kontrak. “Gaji boleh dibayar…