Khairy, KP Kesihatan terima dua saman libatkan isu vaksin - Utusan Malaysia

Khairy, KP Kesihatan terima dua saman libatkan isu vaksin

KHAIRY Jamaluddin (tiga dari kanan) bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerima dua saman berhubung isu suntikan vaksinasi termasuk menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids).

Beliau berkata, saman itu turut melibatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Salah satunya adalah daripada seorang ibu yang menyaman saya dan Dr. Noor Hisham kerana anaknya dibawa menerima vaksin oleh suami. Wanita berkenaan turut menyaman suaminya,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Bagaimanapun Khairy mengesahkan setakat ini tiada mana-mana pihak yang menyaman kerajaan susulan pemberian vaksinasi Covid-19.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan masih mengenakan sekatan kepada golongan anti vaksin walaupun negara sudah beralih ke fasa endemik.

Namun, beliau menjelaskan tiada keperluan untuk kerajaan meluaskan sekatan prosedur operasi standard (SOP) memandangkan negara sudah mencapai 99 peratus tahap imunisasi.

“Sekatan masih lagi ada kepada mereka yang belum menerima vaksin misalnya tidak boleh makan di kedai atau ke pusat belah serta membuat pengembaraan ke luar negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya