Gaji amah RM1,500: Itu syarat Indonesia

Gaji amah RM1,500: Itu syarat Indonesia

amah indonesia
M. SARAVANAN ketika menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan tenaga kerja Indonesia dan Menteri Tenaga Kerja, Ida Fauziyah, disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka, Jakarta, Indonesia oada 1 April lalu. - BIRO PERS KEPRESIDENAN INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah bersetuju atau menetapkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,500 untuk pekerja Indonesia termasuk amah di negara ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, jumlah berkenaan hanyalah syarat yang diberikan oleh kerajaan Indonesia sebagai peraturan ketat untuk melindungi pekerja dari republik berkenaan.

Beliau menjelaskan, kerajaan tidak pernah memutuskan kadar gaji setinggi itu, sebaliknya menawarkan gaji bermula daripada RM1,200.

“Walaupun Indonesia minta salah satu syarat adalah gaji sebanyak RM1,500, tetapi kerajaan Malaysia tidak pernah bersetuju (gaji sebanyak itu).

“Tetapi, ia bermula daripada RM1,200 dan kalau majikan mahu memberikan gaji lebih hingga RM1,500, terpulang kepada majikanlah. Sekarang pun ada sahaja majikan yang bayar lebih.

BINCANG

“Kalau majikan mahu memberikan gaji lebih hingga RM1,500, terpulang kepada majikanlah. Sekarang pun ada sahaja majikan yang bayar lebih.

“Dalam peringkat perbincangan, gaji minimum kita masih lagi RM1,200. Jadi, saya cuma boleh katakan ia bermula dari RM1,200,” katanya.

Kelmarin, media tempatan melaporkan, peraturan ketat untuk melindungi pekerja domestik termasuk amah adalah termasuk gaji minimum RM1,500 yang akan dikenakan ke atas majikan di negara ini, berdasarkan memorandum persehaman (MoU) 1 April yang dimeterai antara Indonesia dan Malaysia.

Menerusi semakan pada MoU yang diterima Utusan Malaysia, merujuk kepada Perkara 4.2 menyatakan, gaji perlu dibayar terus ke akaun bank pekerja selewat-lewatnya pada tujuh hari bulan dengan bonus sebulan selepas kontrak selesai dan kenaikan gaji jika kontrak diperbaharui selepas dua tahun.

Perkara itu turut tertulis ‘dalam jumlah RM (Ringgit Malaysia) dalam ruangan kosong (tidak kurang dari RM1,500) beserta tandatangan Saravanan di bahagian bawah sebelah kanan.

Wujud persoalan sama ada tandatangan itu adalah tanda persetujuan antara Malaysia dengan Indonesia untuk mene­tapkan kadar gaji RM1,500 untuk pekerja domestik Indonesia atau ada maksud lain.

Pun begitu, M. Saravanan tidak memberi kenyataan jelas ketika ditanya mengenai maksud tandatangan beliau yang tertera di dalam MoU tersebut.

“Bukan tidak setuju, tetapi, bermula dari RM1,200. Maksudnya, terpulang pada majikan. Sebab apabila kita bekerja, dia kena melalui kedutaan mereka. Dalam MoU itu sudah ditulis, itu syarat sahaja sebab ada bracket (kurungan nilai ringgit),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN