ALOR SETAR: Keprihatinan seorang guru yang musykil mengenai kesan lebam di muka pelajarnya akhirnya membongkar penderitaan dihadapi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang disyaki didera bapa tiri. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, perbuatan suspek yang berusia 33 tahun terbongkar apabila guru di sebuah sekolah di daerah ini, ternampak kesan lebam di pipi murid perempuannya berusia lapan tahun. Menurutnya, pelajar terbabit memberitahu kesan lebam tersebut didakwa akibat dipukul ayah tirinya. “Guru itu lalu memanjangkan perkara tersebut kepada guru kaunseling serta pentadbiran sekolah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya