KUALA LUMPUR: DAP menutup pintu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas selepas tidak mempercayai kepemimpinan kedua-duanya yang didakwa bersikap ‘tikam belakang’ dan berdolak-dalik. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu telah mengambil pendekatan tutup pintu untuk bekerjasama dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau menjadi salah seorang peneraju Langkah Sheraton sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang. “Kalau dia nak…










