PETALING JAYA: Selepas dua tahun Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan berikutan pandemik Covid-19, Kementerian Pendidikan perlu meneruskan peperiksaan itu pada tahun ini yang dianggap amat penting untuk menentukan kemampuan pelajar di peringkat menengah rendah. Pengerusi Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Bity Salwana Alias berkata, peperiksaan itu menjadi kayu pengukur untuk menilai kemampuan pelajar sebelum ditempatkan mengikut kecenderungan dan prestasi akademik mereka.…