PPS SK Simpang Durian ditutup - Utusan Malaysia

PPS SK Simpang Durian ditutup

PPS SK Simpang Durian, Jelebu ditutup kira-kira pukul 3 petang tadi selepas kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di situ telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Durian di sini telah ditutup petang ini. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Leftenan (PA) Md. Marisa Aminuddin berkata, penutupan tersebut mengambil kira paras air Sungai Triang yang menunjukkan tahap normal.

“PPS SK Simpang Durian telah ditutup sepenuhnya pada pukul 3 petang tadi. Sembilan buah keluarga yang melibatkan 22 orang mangsa dari Kampung Seri Juntai juga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

PPS SK Simpang Durian dibuka semalam selepas air Sungai Triang melimpah dan memasuki rumah penduduk di kawasan rendah di kampung tersebut.

Ia susulan hujan lebat yang berlaku pada petang hari sebelum itu yang turut menyebabkan beberapa kawasan di lima buah daerah di Negeri Sembilan terjejas banjir kilat. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN