Polis terima laporan terhadap bekas KPN

Polis terima laporan terhadap bekas KPN

RAHIM Noor adalah antara pegawai polis yang dinamakan dalam laporan polis yang dilakukan oleh Md. Ali Amir Batcha d Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima satu laporan polis terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor hari ini. 

Difahamkan, laporan itu dibuat bekas pegawai polis, Md. Ali Amir Batcha atas dakwaan salah guna kuasa dan penahanan tanpa bicara secara tidak sah mengikut Ordinan Darurat (EO) pada 90-an. 

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam memaklumkan menerima laporan yang dipercayai dibuat di IPD tersebut pagi tadi. 

“Kita ada terima (laporan itu) dan kita akan update (kemas kini) nanti,” katanya ringkas. 

Dalam laporan itu, Md. Ali turut menamakan empat bekas pegawai tinggi polis termasuk Ketua Polis Johor ketika itu dalam laporannya.

Laporan polis itu dibuatnya bersabit jenayah konspirasi terancang pada lima bekas polis yang didakwa menggunakan undang-undang draconian atas sehingga beliau dipenjara di Simpang Renggam.

Md. Ali mahu polis mengambil tindakan atas jenayah konspirasi supaya tidak lagi berlaku salah laku sebegitu dalam jabatan. 

Tambah laporan portal itu, bekas pegawai polis berusia 68 tahun berkenaan turut menghantar keputusan tribunal untuk direkodkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu lalu.

Menerusi keputusan tribunal itu, Md. Ali berharap polis akan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan konspirasi yang dia ditahan tanpa bicara.

Beliau dilaporkan mendakwa dia adalah mangsa konspirasi di mana dia dituduh secara salah selepas dia berjaya melumpuhkan kegiatan samseng di Johor sejak 1995.

Md. Ali menuntut lebih RM316,000 sebagai bayaran pampasan bagi penahanan secara salah dan ditamatkan perkhidmatan secara tidak sah daripada pasukan polis serta faedah bersara.

Beliau ditahan tanpa bicara di bawah Ordinan Darurat di pusat tahanan Simpang Renggam dari 1997 hingga 2000 dan ditamatkan perkhidmatan daripada pasukan polis. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya