Pemancing bantu anak penyu cedera kena mata kail - Utusan Malaysia

Pemancing bantu anak penyu cedera kena mata kail

MAHADI Mat mengangkat seekor anak penyu yang menghampirinya kerana cedera terkena mata kail di Kuala Kertih, Kemaman semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pemancing budiman membantu seekor anak penyu agar yang cedera akibat tersangkut pada mata kail di Kuala Kertih di sini, semalam.

Mahadi Mat, 42, berkata, penyu seberat kira-kira 10 kilogram itu menghampirinya ketika memancing di muara sungai pada pukul 6.50 petang.

“Saya hairan kerana penyu itu amat jinak dan berenang menghampiri saya, tetapi, rupa-rupanya ia mahu meminta pertolongan kerana mata kail tersangkut pada mulut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, video lelaki itu menyelamatkan reptilia marin berkenaan tular dalam media sosial hingga mendapat pujian netizen, sejak malam tadi.

Mahadi yang juga pemandu lori berkata, atas rasa simpati dia kemudian mencabut mata kail berkenaan dan lega kerana tiada kecederaan lain dialami penyu itu.

Katanya, dia yang ditemani isteri, Rohayati Yusof, 32, di samping dua anak mereka seterusnya membawa haiwan itu ke pantai bagi dilepaskan semula ke laut.

“Saya berharap anak penyu itu kekal sihat dan kembali mendarat untuk bertelur di Pantai Kertih di sini apabila dewasa kelak,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN