PBT jangan saman, beri kelonggaran kepada usahawan-Noh - Utusan Malaysia

PBT jangan saman, beri kelonggaran kepada usahawan-Noh

Dasar usahawan
NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara khususnya di Selangor diminta untuk memberi kelonggaran kepada para usahawan dan tidak mengeluarkan kompaun dan saman sewenang-wenangnya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, ketika ini, kerajaan telah memberikan segala bentuk bantuan kepada usahawan untuk meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing.

Bagaimanapun, kata Noh, bantuan yang diberikan kerajaan itu seperti tidak bermakna kerana wang yang diterima hanya digunakan untuk membayar denda kepada pihak PBT.

“Kerajaan beri bantuan untuk mereka teruskan perniagaan, tetapi, jika PBT kompaun mereka, maka, tiada makna bantuan yang kita bagi. Semua habis bayar denda.

“Saya mohon PBT di seluruh negara khususnya di Selangor tolong beri kelonggaran, berikan masa untuk peniaga bertenang,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Noh, beliau telah meminta agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memberikan kelonggaran undang-undang kepada usahawan selain pemberian moratorium.

“Jangan saman-menyaman ketika orang tengah susah kena sabar dahulu, gunakan budi bicara dengan biarkan orang berniaga asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN