[PARLIMEN]: PM janji tidak kompromi rasuah - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: PM janji tidak kompromi rasuah

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjanji untuk tidak mengecualikan atau menyelamatkan mana-mana individu yang terlibat dengan aktiviti rasuah jika didapati bersalah.

Dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini, Ismail Sabri berkata, kemerosotan indeks persepsi rasuah bukan sekadar bergantung pada aktiviti rasuah, namun, turut melibatkan nilai-nilai yang berbeza bagi agensi-agensi antarabangsa yang mempunyai pandangan berbeza.

“Sebenarnya, dari segi kemerosostan kedudukan kita, bukan sebab kes-kes rasuah tetapi disumbang oleh perkara lain seperti hak asasi yang mungkin berpandangan daripada badan-badan antarabangsa berbeza daripada nilai di negara kita tetapi mereka melihat hak asasi dalam nilai mereka.

“Terdapat keperluan pembaharuan institusi dan akta-akta yang perlu dipinda seperti Rang Undang-Undang Sumbangan Dana Politik misalnya, yang ini juga merupakan satu tuntutan daripada badan antarabangsa supaya kita laksanakan di negara kita. Dari segi keseluruhannya, ada sembilan perkara yang dijadikan alasan untuk menjadikan kita dari segi kedudukan kita.

“Dari segi tindakan yang dilaksanakan apabila berkaitan isu rasuah, banyak kes yang berjalan di mahkamah melibatkan sesiapa tidak kira daripada pembangkang dan kerajaan. Hari ini banyak kes masih banyak berjalan. Ini menunjukkan kerajaan serius dalam mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah,” jawab beliau dalam sesi pertanyaan – pertanyaan menteri.

Ismail Sabri menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ismail Sabri yang menegaskan beliau tidak akan kompromi, namun, beliau tidak tahu mengenai masa terdahulu jika ada tuduhan terpilih atau selective prosecution.

Bagi kerajaan hari ini, katanya, tiada pendakwaan terpilih kepada sesiapa sahaja.

Terdahulu, Anwar turut bertanya mengapa tiada sikap kesungguhan pimpinan khususnya perdana menteri untuk menyatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) harus bertindak tanpa ragu terhadap siapa sahaja.

Menurut Anwar, beliau telah membangkitkan isu Pandora Papers dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang belum terungkai dan individu yang terlibat masih bebas untuk ke mana sahaja seperti tiada masalah.

“Persepsi ini merosakan imej negara kalau tiada kesediaan bagi pihak pimpinan politik. Saya tahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mempunyai peranan besar dalam hal ini tetapi tekad politik juga perlu.

“Kita tidak boleh katakan persepsi ini persepsi biasa kerana ada keterangan baru yang menggemparkan serta melibatkan institusi penting negara termasuk Bank Negara dan kita nampak keengganan bertindak sama ada mantan-mantan perdana menteri terlibat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN