[PARLIMEN]: Ahli Parlimen Jelutong diarah keluar Dewan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Ahli Parlimen Jelutong diarah keluar Dewan

RSN RAYER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: RSN Rayer (Jelutong-DAP) diarah keluar dewan selama sehari selepas mengganggu sesi perbahasan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Rayer enggan mendengar arahan supaya duduk dan memberi peluang untuk Najib meneruskan perbahasannya.

Keadaan dewan menjadi kecoh apabila Najib mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menyebabkan kerugian kepada negara berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Arahan itu dikeluarkan penyandang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Noor.

“Yang Berhormat boleh berbincang semasa Yang Berhormat berbahas nanti, isu itu boleh bangkitkan.

“Saya sudah memutuskan memberi arahan supaya Yang Berhormat duduk, duduk, duduk. Bentara sila iring Jelutong keluar,” katanya selepas Rayer terus bertindak untuk provok Najib. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN