Ops Putra: Rampas produk farmaseutikal, kosmetik tidak berdaftar  - Utusan Malaysia

Ops Putra: Rampas produk farmaseutikal, kosmetik tidak berdaftar 

SEBAHAGIAN produk farmaseutikal dan kosmetik yang dirampas pada serbuan Ops Putra di Kulim, Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Sebanyak 10,122 botol pelbagai jenis produk farmaseutikal tidak berdaftar dan 882 kotak produk kosmetik yang tidak mempunyai notifikasi daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dirampas pada serbuan Ops Putra di tiga premis di sini, Isnin lalu 

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo berkata, operasi yang dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF)  turut merampas sebanyak 4,779 botol produk yang dicemari racun berjadual dan satu peranti digital.

Menurutnya, nilai keseluruhan hasil rampasan tersebut dianggarkan berjumlah RM342,200.

“Kesemua barangan tersebut dirampas menerusi serbuan di tiga premis di daerah ini iaitu dua stor haram dan satu premis perniagaan.

“Siasatan awal mendapati produk tidak berdaftar itu dijual secara berleluasa secara dalam talian di platform e-dagang Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seramai pegawai dan anggota CPF terlibat dalam operasi tersebut.

Othman menambah, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952.

“Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Racun 1952, mereka yang terlibat boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 pula, pihak berkenaan boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau menambah. orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa membeli apa-apa produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian.

Katanya, pengguna perlu memastikan produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli, mempunyai pelekat keselamatan hologram dan nombor pendaftaran produk (MAL). –UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN