Kenal pasti usahawan terjejas banjir di Terengganu, Kelantan - Utusan Malaysia

Kenal pasti usahawan terjejas banjir di Terengganu, Kelantan

NOH Omar menyerahkan topi keledar kepada murid dan guru besar sekolah Parlimen Tanjong Karang pada program itu dekat IPP Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedang mengenal pasti semua usahawan yang terjejas akibat banjir di Terengganu dan Kelantan. 

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya setakat ini belum memperoleh maklumat mengenai usahawan yang dilanda bah di negeri Pantai Timur itu.

“Namun, proses pengurusan bantuan bencana banjir melibatkan golongan itu adalah sama seperti di beberapa negeri lain pada Disember tahun lalu. 

“Kita belum dapat lagi (jumlah usahawan terjejas), namun, mempunyai saluran untuk boleh membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Back To School Parlimen Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini, petang tadi. 

Jelas Noh, MEDAC menyediakan lima saluran bagi membantu golongan yang terjejas akibat banjir.

“Ia melibatkan dua agensi di bawah kementerian iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tekun Nasional (Tekun).

“Selain itu, maklumat usahawan terjejas  boleh diperoleh daripada persatuan penjaja dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta permohonan bantuan secara terus dalam talian yang sudah dibuka permohonannya ketika ini,” ujarnya.

Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, pemohon hanya perlu membuktikan mereka berniaga dan mengalami kerugian akibat banjir. 

“Ia (bantuan) terbuka kepada semua bangsa dan mereka layak untuk membuat permohonan bantuan itu,” katanya.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN