Kementerian Luar dan Pejabat Peguam Negara akan keluarkan kenyataan -PM - Utusan Malaysia

Kementerian Luar dan Pejabat Peguam Negara akan keluarkan kenyataan -PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Luar dan Pejabat Peguam Negara akan mengeluarkan kenyataan bersama berhubung laporan mengenai arahan pembayaran kepada waris sultan sulu semasa perbicaraan di Mahkamah Arbitrasi di Paris, Perancis.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjawab secara ringkas sewaktu ditanya mengenai laporan dikeluarkan sebuah media mengenai perkara itu.

“Kementerian Luar dan Pejabat Peguam Negara akan buat kenyataan bersama nanti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebuah media melaporkan, kerajaan Malaysia dilaporkan telah diarah membayar sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris sultan Sulu yang terakhir.

Laporan itu menyebut, ini akibat pelanggaran perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al Alam, Baron de Overbeck dan Alfred Dent milik syarikat British Utara Borneo.

Selain itu, laporan itu mengatakan, Malaysia dilaporkan telah berhenti membayar wang pemisahan tahunan RM5,300 kepada waris sultan Sulu sejak 2013 berikutan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Laman web berita Sepanyol La Información melaporkan bahawa penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa mengarahkan pembayaran itu semasa perbicaraan di mahkamah arbitrasi di Paris, Perancis. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya