Johor tidak boleh lagi lengahkan kemajuan ekonominya

Johor tidak boleh lagi lengahkan kemajuan ekonominya

johor
Hasni Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor tidak boleh lagi berlengah dalam mengembalikan  ekonominya ke kedudukan yang lebih baik sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, rancangan sedia ada dan perancangan masa depan perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan negeri ini terus berdaya saing dalam menarik pelaburan.

Menurutnya, semua pihak perlu melihat potensi yang ada di negeri ini kerana negeri ini mempunyai keunikannya sendiri dalam menarik pelabur untuk berada di sini.

“Sempadan Johor dan Singapura yang dekat perlu diberi perhatian kerana bandar Johor Bahru secara tiba-tiba sunyi apabila selalunya 250,000 hingga 300,000 rakyat Johor menyeberang ke Singapura setiap hari telah dihentikan dengan perniagaan dan rutin biasa tidak dapat diteruskan, maka pelan rancangan perlu diteruskan.

“Malah, selepas terpaksa menghadapi pandemik Covid-19, berlaku peningkatan mendadak hartanah tidak terjual di Johor apabila peniaga atau pelabur memikirkan untuk berpindah dari Johor.

“Kita perlu bekerja dengan segera dan tidak boleh berlengah lagi. Kita perlu menjalin banyak kerjasama dengan semua pelabur dan peniaga untuk memastikan mereka akan kekal di sini,” katanya dalam wawancara program Money Matters kelolaan sebuah stesen televisyen, semalam.

Melabur

Bagaimanapun Hasni berkata, kestabilan sesebuah kerajaan itu menjadi kunci dalam menarik para pelabur untuk datang melabur di negeri ini.

Katanya, negeri ini yang berpotensi dan berkeluasan besar sudah tentu berpotensi membawa masuk pelaburan yang banyak sekiranya negeri ini mempunyai kerajaan yang kuat dan stabil.

“Dari 2013 hingga 2018, Johor menerima kadar pelaburan asing yang tertinggi sama ada di kedudukan pertama atau kedua dalam negara, maka saya perlu pastikan perkara itu kekal. Namun, ia perlu bermula dengan kerajaan yang kukuh dan stabil.

“Saya sudah berbincang dengan Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM), Majlis Perdagangan Jepun dan komuniti perniagaan Taiwan yang semuanya sangat berminat untuk melabur dan mengembangkan apa yang telah mereka laburkan. Tetapi mereka begitu bimbang tentang kestabilan negeri.

“Sepanjang tiga atau empat tahun lepas, kita telah mendapat tiga Menteri Besar, tetapi itu tidak berlaku sebelum ini. Apabila soalan itu dikemukakan kepada saya, apa lagi yang boleh saya katakan selain meyakinkan pelabur bahawa kita harus mencari satu cara untuk menstabilkan lagi Johor (dengan mengadakan pilihan raya negeri),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×