Jangan tindas golongan minoriti-Nazri - Utusan Malaysia

Jangan tindas golongan minoriti-Nazri

NAZRI AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz perjelas isu keadilan dalam agama Islam yang menuntut layan sama rata terhadap golongan minority dalam negara.

Dalam sesi perbahasan Titah Diraja, Nazri berpendirian isu pengislaman kanak-kanak yang dibawa lari daripada ibu mereka adalah satu tindakan yang tidak wajar serta boleh dilihat sebagai satu bentuk penindasan.

“Tidak betul kalau bapa itu tukar agama dan kemudian hendak bawa anak-anak yang lain. Saya punya pendirian adalah bapa itu tidak ada hak untuk menukar agama anak-anaknya melainkan beliau berunding dengan isterinya.

“Ia masih satu bentuk paksaan dan Islam mengutamakan keadilan. Adakah adil untuk anak dirampas daripada ibunya kemudian ditukar kepada agama Islam? Saya sebagai orang Islam tidak berbangga dengan situasi seperti ini.

“Islam mahukan keadilan dan tidak adil sekiranya salah seorang ibubapa menukar agama anak mereka yang sudah ada agama. Kalau kita tidak suka pada ketidakadilan, jangan kita melakukannya pada orang lain,” jelasnya di Dewan Rakyat.

Beliau berpendapat tiada keadilan untuk perkara ini kerana ibunya masuk hospital dan dengarnya masuk hospital kerana dipukul suami kemudian selepas keluar, anaknya sudah tiada.

“Sebagai sebuah negara yang Islam adalah agama persekutuan, kita ada tanggungjawab untuk menjaga kepentingan minoriti. Kita perlu jaga hak minoriti walaupun katanya orang Islam sehingga 60 peratus tetapi kita tidak boleh simpulkan kitab oleh menindas minoriti.

“Jika kita tidak lakukan apa yang patut dilakukan, kita sedang menindas kaum minoriti. Golongan minoriti akan hidup dalam ketakutan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya