Isu Sinovac: Kerajaan diminta beri penjelasan

Isu Sinovac: Kerajaan diminta beri penjelasan

Lee Boon Chye
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status penerimaan vaksin Sinovac di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) bagi rakyat di negara ini perlu dijelaskan secara terperinci menjelang pembukaan pintu sempadan 1 April ini.

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, isu tersebut juga perlu diperhalusi secara adil termasuk melibatkan kemasukan rakyat dari mana-mana negara yang tidak mengiktiraf vaksin Sinovac.

Selain itu katanya, kerajaan dalam masa yang sama perlu mengadakan pertemuan pelbagai negara termasuk EU bagi mengeluarkan sijil vaksinasi yang diperakui secara bersama.

“Sepatutunya penerimaan vaksin di Malaysia tidak menjadi masalah kerana ia diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

“Namun pengesahan sijil vak­sin perlu usaha bersama di peringkat antarabangsa sebagaimana Malaysia dan Vietnam yang mengiktiraf vaksin secara timbal balas,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Dalam laporan Utusan Malaysia kelmarin dianggarkan lebih 10 juta penerima vaksin Sinovac di negara ini berisiko tinggi di sekat dari memasuki mana-mana 27 negara anggota EU selepas dikatakan tidak diiktiraf Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Ia susulan dua beradik yang menerima suntikan primer Sinovac sebelum ini diusir pulang tanah air dari Jerman selepas vaksin berkenaan tidak mendapat pentauliahan EMA.

Tambah Boon Chye, pengiktirafan secara timbal balas mampu menyelesaikan masalah ini yang membabitkan Malaysia dan negara lain.

Dalam perkembangan, Presid­en Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis berkata, setakat ini, pihaknya masih tidak menerima sebarang pembatalan tempahan percutian ke Eropah gara-gara sijil vaksinasi berke­naan.

“Setakat ini masih tiada kesan yang teruk impak isu sijil vaksinasi berkenaan termasuk pembatalan tempahan ke negara Eropah. Semuanya berjalan lancar. Tapi tidak pasti dalam tempoh terdekat ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×