Dr. Mahathir: Pindah segera penduduk Bukit Malut - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir: Pindah segera penduduk Bukit Malut

DR. Mahathir Mohamad tertarik dengan buah Golden Melon yang ditanam di Lang Agro Farm di Kampung Padang Gaong, Ulu Melaka, Langkawi hari ini. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kerajaan perlu segera mencari kawasan baharu untuk penduduk Bukit Malut di sini supaya mereka dapat tinggal dalam keadaan selesa dan selamat.

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka perlu diberikan tempat baharu sebelum kerajaan negeri merobohkan rumah yang didirikan secara haram di tanah kerajaan negeri dan swasta itu.

Sehubungan itu menurutnya, kerajaan perlu menyediakan peruntukan untuk membangunkan penempatan baharu yang tersusun.

“Ahli Parlimen tak boleh buat apa-apa pasal Bukit Malut), kita tak ada peruntukan dan kita tak ada kuasa. Yang boleh buat adalah kerajaan. Kerajaan mesti beri perhatian kepada penduduk Bukit Malut,” katanya ketika ditemui selepas melawat Lang Agro Farm di Kampung Padang Gaong, Ulu Melaka di sini, hari ini.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan penduduk di perkampungan haram Bukit Malut kecewa terhadap kerajaan negeri yang lambat bertindak dalam menyelesaikan isu penempatan di kawasan itu yang semakin padat.

Kebanyakan penduduk terbabit yang mendakwa bukan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar, sebaliknya merupakan rakyat Malaysia yang mahu diberi perhatian memandangkan mereka selama ini dipinggirkan oleh kerajaan.

Seorang ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Tepa, Bukit Malut, Taufik Abdullah, 47, berkata, penduduk di perkampungan ini juga mempunyai hak untuk diberi penempatan yang lebih baik memandangkan mereka adalah rakyat Malaysia.

Dr. Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, keadaan kawasan di penempatan tersebut didapati semakin padat dan tidak selamat.

“Semua rumah dekat-dekat, kalau jadi kebakaran, teruklah. Semua sekali akan terbakar dan ramai tak boleh nak lari pun, pasal tak ada buat jalan untuk bomba.

“Ini kerana (rumah) dibuat oleh orang ramai tanpa menurut peraturan. Kita nak kena reban (roboh) semuanya dan cari tempat untuk kita bangun secara teratur.

“Itulah, dia (penduduk) buat rumah tak ikut peraturan apa pun. Tanah milik siapa pun kita tak tahu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya