Tidak kisah hilang deposit, kalah PRN Johor – Azis

Tidak kisah hilang deposit, kalah PRN Johor – Azis

Melayu
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal beramah mesra dengan masyarakat Sabah di Bandar Seri Alam, Masai, Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak kisah jika kalah termasuk hilang deposit dalam Pilihan Raya Ne­geri (PRN) Johor yang akan ber­langsung 12 Mac ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Wira Wari­san, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, partinya berpegang kepada pendirian par­ti itu tetap menjadi alternatif kepada rakyat Johor me­milih kerajaan negeri yang lebih baik.

“Kita tengoklah nanti apa hasilnya selepas pilihan raya nanti. Kita kena hormati dan imarahkan demokrasi negara. Kalah atau menang, tidak kisah, kita serah pada rakyat yang penting kita beri pilihan untuk rakyat Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam keadaan politik sekarang, negara berada pada tahap lumpuh, orang luar sebut dengar cerita luar Barisan Nasional (BN) korupsi, Perikatan Nasional (PN) pengkhianat, Pakatan Harapan (PH) pula keliru, tidak lagi menjadi pembangkang sejak tandata­ngan perjanjian persefahaman (MoU),” katanya ketika dihubungi semalam.

Kegagalan calon memperoleh 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di sesuatu kawasan menyebabkan calon hilang wang deposit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN