RM420 juta atasi masalah bekalan air di Melaka 

RM420 juta atasi masalah bekalan air di Melaka 

KHAIRUDDIN Aman Razali mengadakan sidang akhbar selepas bertemu Sulaiman Md. Ali di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Peruntukan sebanyak RM420 juta telah diluluskan kerajaan Pusat bagi membiayai 12 projek menaik taraf perkhidmatan air di Melaka yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.

Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, melalui kelulusan tersebut rakyat di negeri ini tidak lagi berdepan dengan masalah bekalan air dan boleh mendapat akses air bersih mencukupi.

Menurutnya, PAAB telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan telah mengenal pasti tujuh isu besar untuk diselesaikan dengan segera, agar projek tersebut berjalan seperti dijadual.

“Hasil daripada perbincangan ini, secara umum PAAB telah bersetuju menyelesaikan segala masalah yang berbangkit dan kita datang berjumpa Ketua Menteri adalah untuk membantu kerajaan negeri.

“Hasrat kita adalah untuk melaksanakan projek ini dengan seberapa segera tanpa sebarang birokrasi demi memastikan rakyat di Melaka memperoleh bekalan air bersih tidak lama lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perbincangan di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Khairuddin berkata, projek penstrukturan semula air bagi tempoh tahun 2021 sehingga 2024 telah diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Beliau berkata, antara 12 projek yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh tiga tahun nanti ialah pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Empangan Sungai Jernih di Alor Gajah, Merlimau 2 dan Empangan Jus.

Jelasnya, keseluruhan projek tersebut telah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk menguruskan tender dan pelantikan kontraktor.

“Sehingga kini kerajaan negeri telah menerima peruntukan selama lima penggal sejak 2008 bagi menaik taraf perkhidmatan air di negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya