Koperasi perlu perkukuh integriti, jauhi rasuah - SKM - Utusan Malaysia

Koperasi perlu perkukuh integriti, jauhi rasuah – SKM

Co-op Bank menjadi contoh kepada syarikat-syarikat koperasi yang lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 14,629 koperasi di negara ini disarankan untuk mengikut jejak Co-op Bank Pertama (CBP) yang buat julung kalinya mengangkat ikrar integriti bagi mengukuhkan integriti anggota lembaga, pengurusan dan warga kerja koperasi itu baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron berkata, ikrar integriti adalah bertujuan untuk memperkukuhkan integriti bebas rasuah dalam organisasi sebagai pencetus amalan tadbir urus koperasi yang mantap.

Justeru, katanya, gerakan koperasi perlu mengambil inisiatif yang bersepadu untuk memperkukuhkan integriti dalam operasi kewangan dan keseluruhan pengurusan demi melahirkan sebuah koperasi yang sihat, bebas rasuah dan berintegriti tinggi untuk menghadapi cabaran industri kewangan koperasi di alaf baharu selaras dengan visi masing-masing.

“Inisiatif ini bagi pemantapan sistem perundangan dan struktur governan bagi memperkasakan koperasi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosio-ekonomi yang seimbang, inklusif, progresif dan mampan.

“Koperasi perlu komitmen untuk membudayakan integriti dalam organisasi perbankan itu apabila melafazkan dan menandatangani ikrar bebas rasuah.

“Ikrar integriti yang dilakukan ini adalah untuk menunjukkan komitmen koperasi untuk menggalakkan nilai murni dalam tadbir urus yang baik untuk merealisasikan misi dan visi setiap koperasi di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, inisiatif itu seharusnya dijadikan salah satu usaha berterusan yang dilakukan golongan koperasi untuk memupuk nilai murni dalam warga kerja dan secara tidak langsung menjadikannya sebagai organisasi berprestasi tinggi, cekap, bertanggungjawab, amanah dan berintegriti.

Beliau berkata, dengan inisiatif tersebut, seluruh warga kerja koperasi akan terus meletakkan agenda peningkatan integriti sebagai keutamaan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Inisiatif ini juga dalam misi membantu kerajaan membanteras gejala rasuah, ianya tidak terhad kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja, tetapi bermula dari organisasi itu sendiri untuk membanteras kegiatan rasuah.

“Kakitangan koperasi harus menekankan beberapa perkara termasuk menolak penipuan rasuah, penyalahgunaan kuasa, memberi contoh kepimpinan melalui teladan dan melaporkan rasuah kepada pihak berkaitan, bertanggungjawab dan profesional dalam melaksanakan amanah dan tugasan seharian.

“Bersama-sama menyemai benih integriti di dalam pelaksanaan program berkaitan integriti dan memberi contoh yang baik berasaskan kepimpinan melalui teladan serta melaporkan unsur rasuah atau salah laku rakan sekerja kepada pihak pengurusan supaya siasatan dalam dilaksanakan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya