Darul Kalam perlu enam bulan lagi untuk lupus al-Quran rosak akibat banjir  - Utusan Malaysia

Darul Kalam perlu enam bulan lagi untuk lupus al-Quran rosak akibat banjir 

Al-QURAN rosak yang dikumpulkan dari kawasan bencana banjir di sekitar Lembah Klang. -JAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur memerlukan tempoh enam bulan lagi untuk melupuskan kesemua al-Quran yang rosak akibat banjir di Lembah Klang, akhir Disember tahun lalu. 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi kenyataan berkata, sehingga kini, pusat itu sudah melupuskan 5,356.72 kilogram helaian al-Quran rosak akibat banjir itu. 

Menurutnya, buat masa ini, sukar untuk pihaknya mengira baki al-Quran yang belum dilupuskan kerana ia bercampur dengan buku lain. 

“Baki al-Quran yang belum lupus sukar dikira kerana ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum ditimbang.

“Ketika ini, petugas perlu mengasingkan helaian al-Quran untuk proses pengeringan sebelum dibakar,” katanya. 

Katanya, pihaknya juga mendapati, selepas pengasingan dibuat, sebahagian bahan dan dokumen diterima adalah buku bacaaan dan bukannya naskhah al-Quran. 

Selain itu, Jawi berkata, seramai 12 orang sukarelawan Jawi berada di pusat berkenaan bagi meneruskan kerja-kerja rutin pelupusan al-Quran itu. 

Untuk rekod, Jawi mula melaksanakan perkhidmatan pelupusan al-Quran yang rosak akibat banjir sejak 20 Disember lalu. 

Al-Quran yang rosak itu telah diterima daripada individu, sekolah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), dan beberapa pihak lain termasuk dari kawasan bencana banjir di Lembah Kelang termasuk dari Mentakab, Pahang. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya