fbpx

Terowong Genting ECRL terpanjang di Asia Tenggara

SEORANG pekerja melihat Terowong Genting Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang dalam pembinaan di Bentong, Pahang. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

BENTONG: Pembinaan tero­wong berkembar terpanjang di Asia Tengara iaitu sepanjang 16.39 kilometer merupakan fasa yang cukup mencabar dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Terowong Genting ECRL itu akan dibina menggunakan me­sin pengorek terowong (TBM) canggih dan terbesar pernah digunakan di negara ini dan dijangka bermula pada Mac depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, terowong itu adalah yang pertama dikorek menggunakan TBM berbanding kaedah gerudi dan letup yang telah digunakan untuk tero­wong ECRL sedia ada.

“Dengan kapasiti pengorekan maksimum 700 meter sebulan, M” katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja beliau ke tapak pembinaan terowong Gen­ting ECRL di sini semalam.

Ka Siong berkata, kerja pembinaan terowong Genting ECRL dalam Seksyen C itu akan melibatkan 10 kilometer kawasan di negeri ini dan selebihnya di Selangor.

Katanya, dengan kepakaran yang ada pada tenaga kerja projek ini serta kecanggihan mesin TBM, ia akan dapat memastikan kerja penggalian melibatkan batuan keras berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Menurutnya, mesin TBM yang dibawa dari China itu telah siap dipasang 85 peratus dan selepas siap dipasang akan melalui pemeriksaan ketat dan siri-siri ujian sebelum dibenarkan beroperasi.

“Dengan peralatan sokongan yang menempatkan bilik kawasan dan pencawang, mesin TBM ini mempunyai berat 1,600 tan dan panjang 266 meter menjadikannya TBM terbesar untuk kerja pengorekan terowong rel di Malaysia,” katanya.

Sementara itu katanya, projek ECRL memberi limpahan rezeki buat rakyat tempatan dan syarikat bumiputera dalam kontrak pembinaan laluan terbabit yang dijangka siap sebelum 31 Disember 2026. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!