Sultan Selangor sukacita zakat negeri permudah permohonan bantuan - Utusan Malaysia

Sultan Selangor sukacita zakat negeri permudah permohonan bantuan

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa sukacita dengan usaha dan inisiatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) percepat dan permudah proses permohonan bantuan terutama kepada mangsa banjir di seluruh negeri.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Sultan Selangor, baginda sebelum ini pernah menitahkan LZS supaya menyegerakan bantuan kepada mangsa terjejas di setiap daerah sebaik dimaklumkan mengenai bencana terburuk dalam tempoh 20 tahun itu.

Susulan itu, beberapa langkah proaktif diambil oleh badan baitulmal itu termasuk menyalurkan bantuan awal ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berupa 5,000 pek makanan bermasak, makanan kering dan barang keperluan harian seperti mana dititah baginda.

“Bantuan kewangan kecemasan sebanyak RM600 kepada mangsa banjir dalam kalangan asnaf dan bukan asnaf turut disalurkan.

“LSZ turut menyediakan platform portal, LZS Peduli untuk menyegerakan dan mempermudah proses permohonan bantuan,” katanya.

Oleh demikian, Sultan Sharafuddin turut berharap bantuan LZS itu dapat mengurangkan beban mangsa banjir yang terkesan dan berupaya membantu mereka bangkit kembali selepas dilanda musibah.

LZS sebelum ini mengeluarkan bantuan zakat kepada 47,413 penerima dalam kalangan mangsa bencana itu berjumlah RM37.17 juta sehingga 31 Disember tahun lalu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN