PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka menganjurkan satu himpunan rakyat bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri merehatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Menerusi perkongsian perkongsian sebuah poster yang dimuat naik di laman Facebook rasminya malam tadi, himpunan itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Himpunan tersebut juga dijangka berlangsung pada pukul 3 petang, esok.
7 Januari lalu, media melaporkan, Amanah memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri untuk merehatkan Ketua Pesuruhjaya itu sekiranya tidak mahu satu himpunan rakyat diadakan.
Perkara itu ditegaskan Pengarah Biro Mobilisasi Amanah Nasional, Mohd. Sany Hamzan selepas penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung dakwaan pemilikan saham Azam di beberapa buah syarikat. -UTUSAN ONLINE