‘Warning Prof. Shahrul Shauqi’ palsu - Meteorologi - Utusan Malaysia

‘Warning Prof. Shahrul Shauqi’ palsu – Meteorologi

PEMANDANGAN udara sebuah rumah yang ranap dan beberapa kereta yang rosak teruk akibat banjir dalam tinjauan selepas banjir di Kampung Batu 19 di sini, hari ini. Gambar; -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jabatan Meteorologi menafikan maklumat ‘Warning for December 26, 27, 28, 29 by Prof. Shahrul Shauqi’ yang kononnya bakal berlaku bencana alam seperti tular dalam media sosial dan portal-portal berita.

Menurut kenyataan jabatan berkenaan, pihaknya mengesan maklumat kurang tepat telah digunakan pihak tertentu dan boleh menimbulkan panik dalam kalangan awam. 

Justeru, Jabatan Meteorologi menegaskan sebarang penyebaran berita palsu berhubung bencana alam sehingga menimbulkan panik boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih dan terkini berkenaan ramalan dan amaran cuaca serta maklumat gempa bumi dan amaran tsunami hanya di MET Malaysia melalui laman web dan laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca. 

“Kami menyarankan agar semua pihak menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih seperti di atas,” kata kenyataan itu hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya