Tanah runtuh di Hulu Kelang, Taman Melawati - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di Hulu Kelang, Taman Melawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di bahu jalan berhampiran Tahfiz Al-Munawarah, Taman Melawati dan Jalan Bunga Anggerik Dataran Ukay, Hulu Kelang dekat sini malam tadi.

Kejadian tersebut dipercayai melibatkan tiga sekeluarga serta 12 lelaki pelajar tahfiz yang kini dipindahkan ke Dewan Kampung Kemensah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, empat anggota dengan bantuan lima anggota bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut membuat kawalan serta pemantauan di lokasi kejadian.

“Selain itu, kita terima laporan paras air naik dan melimpah di kawasan Kampung Pinggir 3, Lembah Jaya Utara, malam tadi.

“Mangsa terkesan dipindahkan ke Dewan MPAJ, namun jumlahnya belum dapat dipastikan lagi.

“Bagaimanapun, tiada sebarang penutupan jalan dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya