PKR sedia bertanding solo? - Utusan Malaysia

PKR sedia bertanding solo?

ANWAR Ibrahim sewaktu berucap pada Program Santai Bersama Nelayan Port Dickson di Pantai Bagan Pinang Port Dickson, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: PKR terbuka dalam menerima segala pandangan mengenai masa depan parti itu termasuk gesaan supaya bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mendengar dan menghormati setiap pandangan termasuk gesaan supaya beliau berundur sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Itu satu pandangan, tidak mengapa, kita bincang semua, saya tiada masalah kerana kita kena hormat dengan pandangan berbeza dan tafsiran berbeza.

“Semua orang mahu mencari dalih dan alasan mengapa kita kalah di (PRN) Melaka, patut buat kajian yang teliti dan kita boleh dengar, tidak mengapa, saya teliti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Santai Bersama Nelayan Port Dickson di Pantai Bagan Pinang di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, PKR perlu bersedia untuk bertanding secara solo pada PRU-15 akan datang selepas Anwar dikritik hebat ekoran kegagalan PH pada PRN Melaka.

Sementara itu, mengulas isu kenaikan harga barangan mentah termasuk ayam dan sayur-sayuran yang dihadapi pengguna ketika ini, Anwar berpandangan perlu ada satu jawatankuasa Kabinet diwujudkan bagi mencari jalan penyelesaian.

“Mesti libatkan semua menteri, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Menteri Ekonomi, sepatutnya ada jawatankuasa Kabinet.

“Ini libatkan soal modal, pasaran, suntikan dana daripada kerajaan, tidak boleh lepas tangan, soal harga baja tinggi..betul kalau naik sedikit pun mesti kawal, macam harga ayam, kenapa ada sesetengah (tempat) ada RM8.90 ada RM10, ini soal pemasaran,” kata beliau lagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya