Perarakan kematian: Polis cadang kompaun kepada penganjur, waris - Utusan Malaysia

Perarakan kematian: Polis cadang kompaun kepada penganjur, waris

MIOR FARIDALATRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Polis mencadangkan agar kompaun dikenakan terhadap penganjur dan waris yang mengadakan perarakan kematian diiringi helikopter di Little India Ipoh, bulan lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, cadangan itu dibuat selepas siasatan mendapati perarakan berkenaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, berdasarkan siasatan, perarakan itu tidak mendapat kebenaran daripada polis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak.

“Siasatan kes tersebut telah selesai dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya atau Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kita mencadangkan agar penganjur dan waris dikenakan kompaun di bawah Akta 342 kerana gagal patuh SOP Fasa Empat PPN,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kampar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga mencadangkan saman atas kesalahan trafik diberikan kepada penunggang kuda semasa perarakan berkenaan.

Katanya, adalah menjadi satu kesalahan membawa kuda di atas jalan raya di mana saman boleh dikenakan di bawah Kaedah 24, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

“Bagi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), mereka sedang mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang wujud dan dilakukan syarikat helikopter tersebut,” katanya.

Mior Farid sebelum ini memberitahu, tujuh individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan insiden perarakan kematian pada 27 November lalu.

Mereka yang dirakam keterangan ialah juruterbang, pengurus CAAM, pengurus syarikat acara, waris, pengurus mayat, pengurus syarikat helikopter dan pemilik kuda.

Terdahulu, video perarakan kematian berdurasi 30 saat tular dalam media sosial yang memaparkan konvoi ke lokasi pengebumian diiringi khidmat helikopter terbang rendah dan kuda. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya