Lanjutan diskaun saman, IPD di Terengganu bertukar lengang - Utusan Malaysia

Lanjutan diskaun saman, IPD di Terengganu bertukar lengang

SUASANA di pekarangan Balai Polis Daerah di Marang yang lengang susulan lanjutan tempoh pembayaran diskaun saman di Marang, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kebanyakan ibu pejabat polis daerah (IPD) di negeri ini bertukar lengang susulan pengumuman lanjutan tempoh diskaun bagi pembayaran saman trafik. 

Tinjauan Utusan Malaysia di Cawangan Trafik di sini mendapati kurang 10 pengunjung hadir menyelesaikan saman masing-masing setakat pukul 1 petang ini. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ismail Man berkata, lanjutan tempoh itu bukan alasan untuk orang ramai bersikap sambil lewa dan  menunggu saat akhir untuk membuat pembayaran saman. 

“Orang ramai dinasihatkan membayar lebih awal bagi mengelak kesesakan di kaunter bayaran.

“Rancang pembayaran saman mengikut kemampuan anda sama ada di kaunter mahu pun secara dalam talian atau di mesin pengeluaran wang (ATM) Maybank,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, pekerja swasta, Nur Fatihah Ismail, 33, berkata, sebanyak 21 saman diselesaikan membabitkan jumlah lebih RM800. 

“Saya lega sebab tidak perlu beratur panjang kerana sebelum ini pernah beberapa kali datang tetapi terpaksa membatalkan hasrat kerana letih menunggu lama,” katanya 

Polis Terengganu merekodkan kutipan saman kira-kira RM6.09 juta dalam tempoh empat hari pelaksanaan diskaun sehingga 80 peratus sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN