Kerajaan Kedah diminta beri tekanan kepada kerajaan Persekutuan - Utusan Malaysia

Kerajaan Kedah diminta beri tekanan kepada kerajaan Persekutuan

MOHAMMED Firdaus Johari menunjukkan memorandum turunkan harga barang yang diserahkan kepada wakil Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah diharap dapat membantu memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi perhatian terhadap masalah peningkatan harga barangan keperluan secara mendadak sehingga membebankan golongan B40.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Mohammed Firdaus Johari berkata, pihaknya berharap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dapat menyuarakan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana masalah ini memberikan kesan kepada rakyat.

Menurutnya, memorandum yang sama sebelum ini juga telah dihantar ke kementerian tersebut oleh AMK Pusat, namun, selepas 10 hari didapati belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkaitan.

“Perkara ini bukan melibatkan kepartian (politik), tapi melibatkan seluruh rakyat. Apabila harga barang naik, ia melibatkan keseluruhan rakyat. Apabila kita turun ke bawah, kita ada jumpa anak-anak muda yang meniaga, tetapi mereka juga tertekan dengan situasi ini.

“Sehubungan itu, kami mendesak kalau boleh kerajaan negeri turut memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan dan KPDNHEP supaya tangani segera isu harga barang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum turunkan harga barang di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim.

Mengulas lanjut, Mohammed Firdaus berkata, kerajaan negeri juga boleh mengambil langkah tertentu sekiranya Kerajaan Persekutuan masih lambat mengambil tindakan hingga rakyat semakin menderita dengan kenaikan barang.

Selain itu, tambahnya, Muhammad Sanusi juga boleh mengambil tindakan seperti memberikan insentif khususnya kepada rakyat negeri ini agar mereka tidak terasa terbeban dengan kenaikan harga barang sekiranya masalah tersebut berlarutan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya