KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang berperanan dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) didakwa tidak mengambil sebarang tindakan dalam kejadian banjir luar jangka minggu lalu. Sehinggalah banjir surut dan kerja-kerja pembersihan pasca banjir bermula, majlis yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk membantu penduduk yang terjejas. Membangkitkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, MPN…