Astro catat PATAMI RM106 juta - Utusan Malaysia

Astro catat PATAMI RM106 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) mencatat keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM106 juta bagi suku tahun ketiga tahun kewangan berakhir 2022, pertumbuhan 21 peratus dari suku tahun ke suku tahun.

Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi berkata, keputusan kewangan suku tahun ketiga bagi tahun kewangan berakhir 2022 kekal berdaya tahan walaupun dalam fasa penutupan.

“Astro terus menjana pendapatan tunai, mampu mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dari aspek pengurusan modal syarikat. Justeru, pihak Lembaga Pengarah dengan ini mengumumkan dividen interim ketiga bernilai 1.5 sen sesaham,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, berkata, strategi pengagregatan yang dilaksanakan Astro memperlihatkan keberkesanan contohnya pelancaran ‘Pengalaman Baharu Astro’ yang menyaksikan Netflix menjadi antara yang pertama diintegrasikan terus dengan Ultra Box.

“Setakat ini, lebih 500 ribu kediaman telah dilengkapi dengan Ultra dan Ulti Box, termasuk versi Plug & Play yang boleh dipasang sendiri dan berfungsi sepenuhnya dengan perkhidmatan jalur lebar. 

“Dalam pada itu, Astro GO telah merekodkan sejumlah sejuta pengguna aktif pada setiap bulan dengan purata tontonan selama 4.2 jam pada setiap minggu, manakala jumlah video On Demand yang distrim melonjak sebanyak 189 peratus kepada 387 juta,” ujarnya.

Walaupun perbelanjaan iklan (Adex) dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2022 meningkat dua peratus dari tahun ke tahun kepada RM303 juta, Adex suku ketiga dilihat merosot sebanyak lima peratus dari suku tahun ke suku tahun, impak dari fasa penutupan sebelum ini. 

Namun begitu, kesan dari pembukaan semula sektor ekonomi, Adex dan ‘Enterprise’ dilihat menyaksikan perkembangan positif dan menampakkan pemulihan pada Oktober lalu. 

Perkongsian Radex, Adex TV dan Adex Digital masing-masing kekal pada kadar 76 peratus, 35 peratus dan dua peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN