Sertai BN jika tidak selesa bersama pembangkang - Utusan Malaysia

Sertai BN jika tidak selesa bersama pembangkang

akta pendanaan politik
AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban dan Sungai Udang dari Perikatan Nasional (PN) yang memenangi Dewan Undang disaran menyer­tai Barisan Nasional (BN) jika tidak selesa bersama pembangkang.

Ketua Pembangkang Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, ini kerana menukar parti belum dilarang oleh undang-undang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Pengerusi DAP Perak itu berkata, jika tidak, dua ADUN berkenaan perlu duduk bersama pembangkang dalam DUN Melaka.

Menurutnya, ini kerana me­reka adalah lawan BN sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Me­laka.

Beliau berkata, pandangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa tiada keperluan untuk melantik mereka sebagai Exco kerajaan negeri kerana mereka adalah lawan BN dalam PRN Melaka adalah betul.

“Dari segi perlembagaan, PN mempunyai dasar yang berbeza daripada BN. Kalau PN terima dasar BN, maka ia perlu akur dengan BN dan bukan menentang BN. Duduk bersama bermakna menerima dasar atau membuat dasar baharu yang diterima oleh BN dan PN.

“Jika tidak kerajaan akan jadi kelam kabut dan tidak punya dasar yang jelas seperti kerajaan PN di Pusat yang kemudian dilabel sebagai ‘tebuk atap’,” katanya.

Abdul Aziz berkata, keseragaman dasar yang dipertontonkan sewaktu pilihan raya penting supaya rakyat nampak.

Semalam, akhbar ini me­laporkan dua calon PN yang menang dalam PRN Melaka iaitu Dr. Mohd. Aleef Yusof di DUN Sungai Udang dan Dr. Mohd. Yadzil Yaakub (DUN Bemban) dilihat tidak bersedia untuk duduk di kerusi pembangkang bersama lima lagi ADUN Pakatan Harapan (PH).

Mohd. Yadzil berkata, pembentukan kerajaan negeri Melaka perlu mengambil kira komposisi kerajaan di peringkat Pusat yang mencerminkan keharmonian kerjasama antara BN dan PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN