Pemilik BMW guna no plat celaru disaman RM300 - Utusan Malaysia

Pemilik BMW guna no plat celaru disaman RM300

Kenderaan mewah jenis BMW yang dirakam menggunakan nombor pendaftaran 'fancy' dalam satu klip video yang tular di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis akhirnya menyaman RM300 terhadap pemilik kereta mewah BMW yang menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi atau ‘fancy’ seperti tular dalam media sosial hari ini.

Penahanan itu dilakukan susulan pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerima aduan berhubung rakaman video berdurasi 0.11 saat yang menunjukkan kereta berkenaan.

Ketua Jabatan itu, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemilik kenderaan yang juga seorang wanita berusia 32 tahun hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar pukul 2.45 petang hari ini. 

Kata beliau, hasil siasatan, wanita itu mengaku kenderaan terbabit miliknya.

“Polis mengeluarkan saman atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan pemandu sudah menukar semula ke nombor pendaftaran yang asal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Dalam pada itu,Sarifuddin mengingatkan kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat supaya menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN