Pekerja asing cetus kluster punca PKPD di Ladang Mengkarak - Utusan Malaysia

Pekerja asing cetus kluster punca PKPD di Ladang Mengkarak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas lima hari tiada pengumuman kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), namun hari ini dua lokaliti di Pahang bakal dikenakan sekatan itu lusa.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, PKPD di lokaliti berkenaan bakal dilaksanakan selama tempoh 14 hari sehingga 25 November depan.

Antara kawasan terlibat ujar beliau, ialah Ladang Mengkarak 1, dalam Daerah Bera yang diuruskan oleh syarikat perladangan komoditi terkenal tempatan FGV Plantations (M) Sdn. Bhd.

Ia susulan pengisytiharan Kluster Sawit Mengkarak oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang hari ini yang dikesan daripada kes indeks bergejala membabitkan seorang pekerja warga asing.

Pesakit tersebut disahkan menghidap Covid-19 hasil pemeriksaan di sebuah klinik swasta pada 7 November lalu sebelum seramai 14 individu lagi turut dijangkiti wabak pada keesokan hari.

Malah, untuk hari ini sahaja pihak jabatan itu sudah merekodkan 36 kes baharu dan menjadikan jumlah keseluruhan seramai 51 individu positif daripada saringan ke atas 71 kontak rapat.

Turut dilaksanakan PKPD secara serentak mulai Jumaat ini tambah beliau, ialah kawasan Felda Chini 3 dalam Mukim Penyor di Daerah Pekan dengan mencatatkan kumulatif tujuh kes.

Skim tanah rancangan persekutuan itu dikesan mula melaporkan wabak berkenaan pada 3 November lalu melibatkan tiga penduduk tempatan namun tiada apa-apa kluster yang terlibat.

Sebaliknya, pihak jabatan tersebut melaporkan dua kawasan yang berjiran dengan lokaliti berkenaan iaitu Felda Chini 1 dan Felda Chini 5 ada beberapa kes positif baharu Covid-19.

Prosedur operasi standard untuk para penduduk dua lokaliti tersebut jelas beliau, adalah sama seperti yang pernah diumumkan untuk kawasan lain dikenakan PKPD di seluruh negara

Dalam pada itu, Rodzi turut memaklumkan tiada lokaliti yang ditamatkan PKPD kerana secara kebetulan memang tiada pun kawasan sedia ada disambung sekatan bersasar tersebut. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya