KUALA LUMPUR : Kira-kira 3.4 juta penduduk dewasa menghidap dua penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu diabetes dan hipertensi.
Rekod tersebut adalah berdasarkan tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2019.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dengan catatan itu ia menunjukkan kesan NCD dalam kalangan masyarakat adalah sangat membimbangkan.
“Kementerian Kesihatan (KKM) memberi fokus terhadap strategi pencegahan dan kawalan NCD pada peringkat awal berdasarkan Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit 2016-2025.
“Dasar, pelan dan perkhidmatan mengikut ‘Life Course Approach’ ini mengambil kira keperluan kesihatan serta sosial pada semua peringkat kehidupan bermula dengan kesihatan dan pemakanan ibu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Dr. Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) meminta kerajaan menjelaskan mengenai strategi menangani NCD di Malaysia.