Antara manifesto dan calon, mana pilihan pengundi? - Utusan Malaysia

Antara manifesto dan calon, mana pilihan pengundi?

Petugas jentera Barisan Nasional menunjukkan buku Manifesto Barisan Nasional bertemakan Kestabilan Demi Kemakmuran 5 tahun sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERANG manifesto antara calon dan parti bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah berlalu sewaktu pusingan pertama kempen pilihan raya apabila menyaksikan masing-masing menawarkan pelbagai janji sekiranya diberikan mandat oleh rakyat selepas hari pengundian pada Sabtu ini.

Barisan Nasional (BN) me­ngetengahkan manifesto ‘Kestabilan Demi Kemakmuran 5 tahun’ manakala Pakatan Harapan (PH) pula ‘Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan’, selain itu Perikatan Nasional (PN) menampilkan ‘Prihatin Rakyat Melaka Bangkit Gemilang’ de­ngan mengemukakan agenda dan inisiatif untuk rakyat Melaka dalam tempoh lima tahun.

Tidak kurang hebatnya calon-calon Bebas apabila mereka juga sama menawarkan janji-janji termasuk mahu menggubal undang-undang antilompat parti sekiranya terpilih kelak.

Namun yang menjadi persoalan adalah sejauh manakah tawaran manifesto itu dapat menarik sokongan 495,196 pengundi yang dijangka keluar mengundi dalam tempoh berbaki tiga hari lagi? Adakah manifesto itu sekadar ‘cukup syarat’ bagi memeriahkan suasana kempen pilihan raya.

Hal ini kerana berdasarkan kajian dilakukan Pusat Kajian Ilham Centre terhadap pengundi Melaka baru-baru ini, mendapati 43 peratus rakyat negeri ini melihat calon sebagai faktor untuk memangkah kertas undi manakala 34 peratus berkenaan aspek parti dan selebihnya pula berkisar-kisar isu-isu tempatan.

Berdasarkan ukuran itu, boleh disimpulkan pengundi Melaka masih melihat calon sebagai keutamaan untuk memilih wakil rakyat yang sesuai dengan kriteria masing-masing manakala selebihnya pula faktor parti dan isu-isu termasuk soal manifesto.

Secara tidak langsung PRN Melaka buat julung kalinya me­nyaksikan perubahan pola pengundian berbanding pilihan raya sebelum ini apabila pengundi dijangka melihat faktor calon untuk memilih wakil rakyat sekali gus menunjukkan kredibiliti calon diketengahkan menjadi penentu kemenangan.

Berbanding beberapa siri pilihan sebelum ini, faktor parti menjadi penentu kemenangan parti dan boleh menjangkakan pihak yang boleh menang dalam PRN Melaka, namun kali ini, calon menjadi kriteria bagi pengundi untuk memilih wakil ra­kyat berbanding manifesto. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN